Myspace Falling Objects @ JellyMuffin.com Myspace Layouts
Lilypie Third Birthday tickers
Dynamic Glitter Text Generator at TextSpace.net
Lilypie First Birthday tickers

Pages

Friday

NEW LUNATOT'S TO LET GO - SOLD





salam...hi semua, cni saya ader 2 set CD brand
LUNATOTS untuk di letgo..sebenarnyer beli untuk anak tapi rasa cam terlebih pulak...so drpd duk terperap dlm almari,baik jual murah2 kat korang semua...


new item..n masih dalam plastik bungkusan yg asal. tak jejas apa2 pun lagi...


harga asal : RM46/PCS

harga letgo : RM40/PCS SAHAJA

tidak termasuk postage..

saper yg ambik 2 ni, saya bagi postage free..

so cepat2...brand bagus ni..harga pun murah.!

SOLD


CUTE BUSHA PANTS FOR BOY & GIRL



RM 12 / PCS

ADER 3 SIZE DAN 8 CORAK UNTUK DIPILIH...


SIZE 80= 6-12M (40cm)

SIZE 90= 12-18M (46cm)
SIZE 95= 18-30M (50cm)

TIGER : SIZE 80
SIZE 90 -SOLD
SIZE 95
-SOLD



BROWN BEAR : SIZE 80 -SOLD
SIZE 90 -SOLD
SIZE 95
-SOLD


STRAWBERRY : SIZE 80
SIZE 90

SIZE 95
-SOLD

APPLE : SIZE 80
SIZE 90 -SOLD
SIZE 95
-SOLD

GRAPE : SIZE 80 -SOLD
SIZE 90
SIZE 95
-SOLD



PINEAPPLE : SIZE 80
SIZE 90

SIZE 95
-SOLD

FLOWER BEAR : SIZE 80 -SOLD
SIZE 90
SIZE 95
-SOLD


COW : SIZE 80 -SOLD
SIZE 90
SIZE 95
-SOLD



Cloth Diapers CRAZY SALE!!!!










BRAND ZIEGIEZAG

one size cloth diapers
(S, M , L , XL)

NEW EDITION AND WITH LEAKGUARD PROTECTION

1 set with insert microfiber


asal :RM45/ 1 SET


RM38/ 1 SET (exclude postage)

1. FISHY
2. PINK BUTTERFLY
3. BLUE SESAME STREET




4. BLUE ARMY

-RM33/ 1 SET (exclude postage)

coz x der leakguard. yg lain semua sama.



berminat : plz sms saya 017-9650168

'CLOTH DIAPERS' pengganti Lampin Pakai Buang

Lampin Kain Moden (Cloth Diaper) adalah baru diperkenalkan di Malaysia sebagai lampin alternatif yang selamat untuk dipakaikan kepada bayi. Tiada pendedahan bahan kimia yang keterlaluan terhadap anak anda dimana kerana keseluruhan bahannya adalah daripada kain. ia juga jimat dari segi kewangan bagi pasangan yang mempunyai lebih daripada seorang anak yang sedang memakai lampin. dan yang paling penting ianya praktikal bagi ibu bapa berkerjaya kerana mudah untuk dikendalikan. penggunaan lampin ini juga terbukti mempercepatkan proses latihan ke tandas berbanding jika bayi menggunakan lampin pakai buang yang mempunyai gel serapan berkimia yang menyebabkan rasa kering dan selesa.

Kesemua Lampin Kain Moden ini mempunyai butang boleh laras yang boleh digunakan oleh bayi berusia sehari sehingga 3 tahun(15kg).


Sedikit Fakta

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menasihatkan ibu bapa supaya tidak memakaikan bayi mereka dengan lampin pakai buang kerana ia mengandungi bahan kimia beracun yang boleh memudaratkan kesihatan bayi.

Ini memandangkan bayi sedang membentuk sistem imun dan mengalami pertumbuhan organ dan tubuh yang sihat sepanjang hayat mereka. Pendedahan kepada bahan kimia beracun boleh membantutkan perkembangan bayi dan menimbulakan masalah kesihatan dalam jangka panjang.

Kulit bayi lebih nipis dan cenderung menerima kesan daripada bahan kimia yang mudah diserap masuk dalam tubuh.

Lampin pakai buang diperbuat daripada bahan-bahan tiruan seperti polyethylene film bagi pelapik perlindungan plastik lampin itu, polyester (bagi lapisan atasa lampin yang poros), polypropylene (bagi pelapik lampin dan pita yang digunakan bagi mengetatkan lampin, atau untuk lapisan lampin yang paling atas), pulp fluff daripada pulpa kayu yang diawet dengan klorin (yang menghasilkan dioksin, bahan penyebab kanser sebagai hasil sampingan), sodium polyacrylate (gel bertoksik yang kuat daya serapannya) untuk lapisan dalam lampin, minyak dan resin yang berpotensi menimbulkan alergi (sebagai gam yang mengikat lampin), wangian yang memudaratkan dan bahan-bahan kimia lain yang berbahaya seperti tributylin (salah satu bahan paling beracun pernah dihasilkan).

Sebahagian daripada bahan-bahan kimia tersebutboleh menimbulkan masalah kesihatan kepada bayi seperti ruam yang menyakitkan dan asma, serta masalah ketidaksuburan dan kanser apabila dewasa kelak.

Pengeluar lampin pakai buang sering mendakwa produk mereka boleh memastikan bayi berada dalam keadaan kering berjam-jam lamanya. Ini berikutan penggunaan bahan kimia sodium polyacrylate, sejenis gel yang terdapat dalam bahagian tengah lampin yang menjauhkan air daripada kulit bayi. Ini dimasukkan ke dalam lampin dalam bentuk serbuk berbiji yang bertukar menjadi gel apabila basah. Juga dikenali sebagai kristal polimer, sodium polyacrylate boleh menyerap 200-300 kali beratnya dalam air, dan membendungnya dalam bentuk gel bergetah.

Penggunaan sodium polyacrylate dalam lampin pakai buang memudahkan tugas ibu kerana tidak perlu menukar lampin bayi. Namun begitu ia menyebabkan bayi ditumbuhi ruam kerana terdedah kepada bahan-bahan kimia yang diserap, pertumbuhan bakteria dan ammonia daripada air kencing yang terkumpul dalam lampin. Pada masa yang sama ia juga menarik lembapan (bukan air kencing saja) daripada kulit bayi yang menggalakkan kegatalan kulit.
Bahan ini dilaporkan boleh menyebabkan radangan kulit yang teruk, pendarahan daripada tisu-tisu perineum dan scrotal, demam, muntah dan jangkitan staph di kalangan bayi.

SUMBER: UTUSAN PENGGUNA(MAC-APRIL 2007)